12 October 2015

KUACT Snow Trip 2015

Assalamualaikum :)

Kuact telah mengadakan aktiviti 'Snow Trip' bagi tahun 2015 pada 1 Ogos yang lalu. Seperti tahun - tahun yang lalu, aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang amat dinantikan - nantikan oleh warga Malaysia di Canberra. Seramai 46 peserta telah menyertai aktiviti ini. Terdapat tiga pakej yang disediakan iaitu, 'Snowboarding', 'Ski', dan 'Toboggan'. Para peserta telah memilih pakej yang mereka ingini sewaktu pendaftaran bagi tujuan tempahan.

Kami telah menaiki empat buah van untuk ke Perisher Valley yang mengambil masa selama 3 jam dari Canberra. Setelah tiba, kami pun mula bermain dan telah menghabiskan masa selama 4 jam di sana. Walaupun cuaca pada hari tersebut tidak seperti yang dijangka, semua peserta telah terhibur dan bermain dengan gembira. Perjalan pulang semula ke Canberra bermula pada jam 6.00 petang. Semua peserta telah selamat tiba di Canberra pada jam 9.30 malam.

Pihak Kuact ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi menyertai aktiviti 'Snow Trip' 2015 ini. Tahniah juga kepada Kuact kerana telah menjayakan program ini. Diharapkan semua berpuas hati dan akan terus memberi semangat dan sokongan kepada pihak Kuact pada masa yang akan datang.



























No comments: