12 October 2015

KUACT Riang Ria Raya 2015

'Berlalulah sudah Ramadhan..
Sebulan Berpuasa..
Tiba Syawal kita Rayakan..
Dengan rasa gembiraaaa...'


Assalamualaikum dan Hi! :)

Alhamdulillah, seluruh umat Islam di seluruh negara telah berjaya melaksanakan ibadah puasa. Oleh itu, sambutan Raya pula diadakan bagi meraikan kejayaan berpuasa. Pada 8 ogos 2015 yang lalu, Kelab UMNO ACT telah mengadakan sambutan Hari Raya AidilAdha yang bertempat di Kinloch Common Room. 

Sambutan raya ini bermula pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Ramai warganegara Malaysia yang menetap di Canberra telah menghadirkan diri di majlis ini termasuklah pelajar dan Pihak High Commission. Seperti tahun - tahun sebelum ini, majlis ini terbuka kepada semua termasuk warganegara lain. Terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan sendiri oleh pihak Ahli Jawatankuasa Kuact. Antara juadah yang disediakan ialah soto ayam, nasi impit, rendang ayam, dan mee bandung. 

Sewaktu majlis sedang berlangsung, majlis diserikan juga dengan nyanyian lagu - lagu Raya yang dinayikan oleh pelajar - pelajar dan para tetamu yang lain. Kami juga telah mengadakan sesi fotografi bersama semua tetamu yang menghadirkan diri.

Secara keseluruannya, Majlis Raya pada tahun ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari rakyat Malaysia di Canberra. Pihak Kuact ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Diharapkan ibadah puasa kita sentiasa diterima dan diberkati oleh-Nya. 






























No comments: