2 May 2015

WELCOMING BBQ KUACT 2015

Assalamualaikum :)

Bagi memulakan sesi 2015, KUACT telah mengadakan 'Welcoming BBQ' bertempat di Glebe Park. 'Welcoming BBQ' merupakan acara yang pertama yang berlangsung pada tahun ini dan kami mendapat sambutan yang sangat meriah! Acara ini bermula pada jam 11.00 - 3.00 petang. Kami telah mengajak ramai pelajar Malaysia dan juga pihak High-Commission Malaysia untuk sama - sama menghadiri acara ini. Pelbagai jenis hidangan yang telah kami hidangkan bagi para tetamu untuk menjamu selera, antaranya ialah Nasi Goreng, 'Mashed Potato', 'Coleslaw', 'fruits' dan menu utama kami iaitu 'Chicken and Lamb BBQ'!







Kami juga telah menjemput tetamu kehormat iaitu, Dato' Zainal Abidin Ahmad, dan beliau telah memberi kata - kata aluan kepada para tetamu yang hadir. Beliau juga menggalakkan kami untuk sentiasa mengadakan acara yang dapat mengetatkan sillaturrahim komuniti Malaysia di sini :)






Kami juga telah mengambil kesempatan ini untuk memberi penerangan tentang Kelab UMNO ACT, yang diketuai oleh ketua kami, iaitu Muhammad Syahrul Asyraf bin Anuar. Setiap ahli telah memperkenalkan diri masing-masing berserta jawatan yang dipegang di dalam Kelab UMNO ACT.







Acara tamat pada jam 3.00 petang. Acara pertama kami telah mendapat sambutan yang sangat meriah. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang hadir!



















Terima Kasih juga kepada ahli-ahli KUACT 2015 yang telah sama -sama menjayakan acara ini! 



KUACT 2015
President: Muhammad Syahrul Asyraf bin Anuar
Vice President: Mohamed Khidhir Waqiuddin Mohamed Sallehim
Secretary: Siti Husna bt. Othman
Vice Secretary : Siti Nurdalia bt. Kamalul ArifinTreasurer: Nur Amirah Johari
Vice Treasurer : Fatin Atiqah Md SoodLiaison: Hanis Suahaili Hamdan
AJK : Ahmad Afiq bin Jamalis / Izzul Syahmi Mohamed Anuar
General Committe :
1. Dhamira Batrisyia bt. Zainul Zaaba
2. Khairul Annaz bin Kamal
3. Ikmal Din Bin Baharudin
4. Yusri Ashif Othmarani
5. Nur Syahirah Mohamad
6. Nursyazana Nabila bt. Musa
7. Nur Adlyn bt. Riduan

No comments: