17 May 2015

Kejohanan Bowling KUACT 2015

Assalamualaikum :)

Pada 8 April 2015, KUACT telah mengadakan acara 'Kejohanan Bowling KUACT 2015'. Acara ini merupakan acara kedua yang dilakukan oleh pihak kami bagi tahun 2015. Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara Bowling ini merupakan acara yang amat dinantikan! Ramai pelajar dan juga beberapa pihak High-Commision Malaysia datang untuk menyertai acara ini.

Acara ini telah diadakan di AMF Bowling Centre. Sebelum memulakan acara bowling, para peserta telah dibahagikan kepada 9 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 ahli. Setelah acara bermula, pelbagai aksi-aksi hebat yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan ketika bermain bowling.










Setelah tamat pertandingan, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para peserta!

Tempat ketiga dimenangi oleh : Fang Yaeu Lim, Hasnain, Ming Yeoh, Esther Fan, Intan Zulaikha


Tempat kedua dimenangi oleh : Ayu Razali, Ungku Raftah, Feisakl, Ainon, Asmia

Tempat pertama dimenangi oleh : Uzair Izuddin, Ahmad Farid, Ikmal Din, Yusri Ashif, Iqbal


Peserta terbaik:
Perempuan: Farah Izzati
Lelaki: Fang Yaeu Lim


Tahniah kepada semua peserta!!

Pihak KUACT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan sama-sama memeriahkan acara ini! Tahniah juga kepada pihak KUACT yang telah berjaya menjayakan acara ini! :D



No comments: