29 October 2015

PIKNIK RAKYAT BACK TO THE 90's

Assalamualaikum dan Hi!

Kelab UMNO ACT hasil kerjasama dengan MASCOM telah menganjurkan aktiviti Piknik Rakyat: Back to the 90’s pada 5 September yang lepas. Aktiviti ini melibatkan permainan tradisional yang popular dimainkan di Malaysia semasa era 90-an. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak di mana ia merupakan permainan yang sering dimainkan pada waktu lapang. 

Aktiviti ini dijalankan buat kali kedua oleh KUACT dan merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan kerjasama dengan MASCOM, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar daripada pelbagai kaum. Aktiviti ini diadakan di Chifley Meadows Seramai 40 orang telah menghadirkan diri sebagai peserta dan penyokong. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti senamrobik satu malaysia, lomat getah, bola beracun, boling kelapa, permainan 'Datuk Harimau', galah panjang, dan akhir sekali, permainan boling selipar. Setiap para pemenang telah membawa pulang hadiah - hadiah yang menarik! Pada keseluruhannya, AJK KUACT dan AJK MASCOM telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih kepada para peserta yang sama - sama datang untuk menyertai aktiviti - aktivi anjuran pihak KUACT! Diharapkan anda semua dapat memberikan sokongan yang berterusan keada pihak KUACT! :)




































TRIVIA NIGHT MERDEKA 58

Assalamualaikum dan Hi!

Bersempena menyambut kemeriahan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-58, Kelab Umno ACT telah mengadakan aktiviti ‘Trivia Night Merdeka 58th’ pada 28 Ogos yang lalu. Aktiviti ini dilakukan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan kekitaan dalam kalangan masyarakat Malaysia di Canberra di samping mengukuh kembali dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia. Selain itu, ‘Trivia Night Merdeka 58th’ juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan perpaduan antara satu sama lain.


Program ini telah bertempat di ‘Lena Karmel Unilodge’. Program ini mempunyai empat permainan iaitu ‘Kahoot’, ‘charades’, teka lagu dan ’60 Minutes to the Moon’.  Kahoot ialah permainan yang menggunakan applikasi di dalam telefon pintar pemain. Soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am tentang Malaysia.

Aktiviti pada kali ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada kalangan pelajar - pelajar di Canberra. Kami amat menghargai sambutan yang diberikan oleh anda semua! Setiap pemenang telah membawa pulang hadiah - hadiah yang menarik! 

Terima kasih juga kepada semua ahli AJK KUACT yang berjaya mengadakan program ini dengan jayanya!