14 May 2014

Back to the 90's

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Masih ingatkah anda dengan permainan baling selipar, galah panjang atau laga ayam? Pernahkah anda bermain bola sepak dengan kain pelikat?

Buat julung kalinya, Kelab UMNO ACT dan Kelab MASCOM dengan berbesar hati telah menganjurkan "Back to the 90s' pada 26th April yang lalu. Ini merupakan pertama kali KUACT bekerjasama dengan MASCOM. Bertempat di Chifley Meadows, aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar pelbagai kaum. Seramai 40 orang telah menghadirkan diri. 


Back to the 90s melibatkan permainan tradisional yang popular semasa era 90-an. Antara permainan yang dimainkan adalah seperti berikut:

BALING SELIPAR






KAIN PELIKAT SOCCER





BOLA BERACUN





GALAH PANJANG




LAGA AYAM



MUSICAL CHAIR


CONGKAK (SAMPINGAN)


Hadiah telah diberikan kepada pemenang bagi setiap permainan. Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada semua pemenang: 

Baling Selipar (Tempat Pertama)

Kain Pelikat Soccer (Tempat Pertama)

Bola Beracun (Tempat Pertama)

Bola Beracun (Tempat Kedua)

Galah Panjang (Tempat Pertama)

Laga Ayam (Tempat Pertama Lelaki)

Laga Ayam (Tempat Kedua Lelaki)

Laga Ayam (Tempat Pertama Perempuan)

Laga Ayam (Tempat Kedua Perempuan)

Musical Chair (Tempat Pertama)

Kami ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir untuk memeriahkan majlis, tidak kira sebagai peserta mahupun penyokong. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK KUACT dan AJK MASCOM kerana memberikan kerjasama yang padu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Semoga hubungan yang terjalin akan berkekalan dan berterusan untuk aktiviti pada masa hadapan. 

KUACT 2014
MASCOM 2014




                                      

























No comments: