11 April 2007

Menarik Hari Ini (Selasa 10 April 2007)

PM mahu generasi muda pertahan budaya bangsa

Oleh: RAJA LUVENA SHARIFUDDIN dan HATA WAHARI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan mahu generasi muda mengekalkan budaya bangsa agar masyarakat dunia mengenali identiti Malaysia.

Perdana Menteri berkata, walaupun rakyat negara ini kini dalam perjalanan untuk menjadi bangsa yang maju dan berjaya tetapi jiwa, semangat dan seni budaya mesti dikekalkan serta dibangunkan sepanjang masa.

‘‘Walaupun kita mengejar pembangunan material dan ilmu pengetahuan, kita juga perlu sentiasa menghayati budaya dan kesenian bangsa kita.

‘‘Kerajaan tidak mahu budaya universal yang digerakkan oleh Barat mempengaruhi generasi muda sehinggakan seluar yang dipakai mempunyai bendera negara asing,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Jalan Tun Ismail di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut Perdana Menteri, dengan adanya Aswara, akademi itu dapat membentuk generasi yang mempunyai ciri-ciri bangsa Malaysia.

Beliau juga mahu tenaga pengajar akademi itu mendidik generasi baru agar memahami bahasa kebangsaan dengan fasih, betul dan dapat menghayati tulisan dalam bahasa tersebut.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Abdulah menggesa rakyat Malaysia mempertahankan identiti seni budaya agar ia tidak tenggelam dalam arus global.

‘‘Rakyat negara ini jangan dihanyutkan arus global. Sebaliknya kita perlu kuat untuk mempertahankan budaya kita yang juga mencerminkan wajah bangsa Malaysia,’’ katanya.

Mengenai Aswara, Perdana Menteri berharap institusi itu akan menjadi sebuah akademi yang cemerlang dengan menjalin hubungan akademik dengan pelbagai pihak di luar negara.

Aswara ialah sebuah akademi yang menyediakan pendidikan, penyelidikan dan penerbitan akademik dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Akademi itu juga ditubuhkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan industri kreatif dari dalam dan luar negara serta memupuk hubungan dengan ahli akademik dan golongan profesional yang merupakan pakar dalam bidang seni dan warisan.

Aswara yang menawarkan pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan pascaijazah merupakan institusi baru hasil kenaikan taraf dan penjenamaan semula Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

Kampus Aswara terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Daripada: www.utusan.com.my


Endon’s kebaya collection to go on display in Melbourne

KUALA LUMPUR: When she was a girl, Nori Abdullah took little notice of Datin Seri Paduka Endon Mahmood’s passion for collecting Nyonya kebaya.

Little did she realise that years later, as chairman of Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang), she would hold a Press conference at Wisma Penyayang to announce the fourth showcase of her mother’s collection.

The exhibition, Nyonya Kebaya: Women’s Costume from Malaysia, will be on display at the Immigration Museum in Melbourne from next month.

"My mother started her collection in the late 1970s and I just took it for granted.

"She would have been very proud. Having her cherished collection of kebaya on display at the Immigration Museum would have made her very happy indeed," she said.

The Immigration Museum is part of Museum Victoria, which receives around 1.5 million visitors annually and has a collection of more than 16 million items. It is also the largest museum dedicated to migration history and cultural diversity in Australia.

"It is an achievement to have been given the 200-sq-metre space in the museum for our exhibits," said Leela Mohd Ali, the chief executive officer of Penyayang.

The cost of the exhibition will come up to about A$1 million (RM2.7 million), which included insurance and freight charges not just for the kebaya but also for some pieces of priceless Peranakan artefacts like chairs, tables and a sewing machine.

Leela said it would take visitors about an hour and a half to walk through the exhibition area, which would reflect an early 20th century Peranakan home, complete with a courtyard and arches.

Over 70 kebaya will be displayed. Out of these, 67 belonged to Endon.

There would also be a special section on Endon in her role as a champion of the arts, said Leela.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is expected to launch the exhibition, which will be held from May 3 to Sept 9.

Daripada: www.nst.com.my

No comments: