23 September 2014

KUACT Merdekaraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bulan Syawal telah lama melabuhkan tirai. Namun, kemeriahan sambutan bulan Syawal masih segar di minda. Siapa kata sambutan hari raya di perantauan tidak meriah? Ia mungkin tidak semeriah beraya di Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya mengubat sedikit perasaan rindu dan sedih apabila bersama kawan-kawan dan rakyat Malaysia di sini. Jemputan ke rumah terbuka juga tidak pernah lekang walaupun dihimpit kekangan masa, maklumlah orang di sini tidak menyambut hari raya. 

KUACT juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan hari raya pada 23 August 2014 dengan bertemakan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan. Terbuka kepada semua, tidak kira Malaysian atau Non-Malaysian, bertempat di Kinloch Common Room dari pukul 2-6 petang, pelbagai juadah telah disediakan secara percuma kepada para hadirin yang hadir. Daripada nasi lemak sehinggalah kuih cornflakes madu, persiapan untuk majlis hari raya ini mengambil masa selama seminggu.






PERSIAPAN BAHAN:


HARI MEMASAK:








MERDEKARAYA:

Nasi Lemak Sambal dan Ayam Goreng

Mee Kari

Kuah Kacang

Rendang Daging

Cornflake Madu

Kuih-Muih

Minuman





























Sekali lagi, kami ingin berterima kasih kepada semua yang hadir untuk memeriahkan KUACT Merdekaraya. Kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang berlangsungnya sambutan ini. Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan yang ke 57. Dari Kami, KUACT 2014.


Gambar diambil dari


Video 


No comments: