14 August 2014

ANU Eid al-Fitr Festival

Assalamualaikum dan Hi!

Sesudah sebulan umat Islam berpuasa pada bulan ramadhan, tibanya syawal untuk menandakan pengakhiran dan meraikan kejayaan umat Islam berpuasa. 

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Sesudah itu Syawal menjelma, 
Bermaaf-maafan amalan mulia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.

                        

Pada 2 August 2014, ANU Raya telah berlangsung di Kinloch Common Room. Ini merupakan hasil kerjasama beberapa buah kelab di ANU. Antaranya ialah:



Arabic & Middle Eastern Society

ASEAN Society
Australia-Indonesia Youth Association ACT
Indonesian Students' Association 
Kelab UMNO ACT
Malaysian Students' Council of Australia ACT
Malaysian Students' Organisation
Muslim Aid Australia
Pakistan Students' Association
Perhimpunan Pelajar Indonesia Australia ACT
Singapore Students' Association
The Nusa Tengarra Association
UniLodge@ANU



Bertemakan 'Bagaimana orang Malaysia menyambut hari raya?', kelab-kelab Malaysia di ANU telah sebulat suara untuk memasak Nasi Impit, Rendang dan Sagu Melaka semasa majlis tersebut. KUACT telah ditugaskan untuk membuat nasi impit dan rendang. 




Selain itu, terdapat juga persembahan zapin dan joget untuk mempromosikan budaya Malaysia kepada orang tempatan dan antarabangsa. 




Selain makanan dan minuman percuma, terdapat juga henna, menulis nama dalam bahasa Arab dan sebagainya.





Walaupun beraya di perantauan, tanpa keluarga di sisi, namun raya tetap meriah dan bermakna dengan adanya kawan dan permanent resident di sini.  Diharapkan akan ada lagi majlis seperti ini di lain hari.














Gambar diambil dari:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.344696579022725.1073741833.261114724047578&type=3

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.742620175795633.1073741903.282457271811928&type=1

Love,
KUACT 2014

No comments: