Kelab UMNO ACT hasil kerjasama dengan MASCOM
telah menganjurkan aktiviti Piknik Rakyat: Back to the 90’s pada 5 September
yang lepas. Aktiviti ini melibatkan permainan tradisional yang popular
dimainkan di Malaysia semasa era 90-an. Tujuan utama aktiviti ini dijalankan
adalah untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak di mana ia merupakan permainan
yang sering dimainkan pada waktu lapang.
Aktiviti ini dijalankan buat kali kedua oleh
KUACT dan merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan kerjasama dengan MASCOM,
aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar daripada
pelbagai kaum. Aktiviti ini diadakan di Chifley Meadows Seramai 40 orang telah
menghadirkan diri sebagai peserta dan penyokong.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti senamrobik satu malaysia, lomat getah, bola beracun, boling kelapa, permainan 'Datuk Harimau', galah panjang, dan akhir sekali, permainan boling selipar. Setiap para pemenang telah membawa pulang hadiah - hadiah yang menarik! Pada
keseluruhannya, AJK KUACT dan AJK MASCOM telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih kepada para peserta yang sama - sama datang untuk menyertai aktiviti - aktivi anjuran pihak KUACT! Diharapkan anda semua dapat memberikan sokongan yang berterusan keada pihak KUACT! :)